Friday, December 29, 2023

Kiropraktik: Penyelesaian Holistik untuk Slip Disk dan Bahu Kaku

 Kiropraktik di Tanjung Malim PerakDalam era moden ini, gaya hidup yang sibuk dan tekanan harian boleh memberi kesan kepada kesihatan tulang belakang dan sistem muskuloskeletal kita. Kiropraktik muncul sebagai penyelesaian holistik yang menawarkan pemulihan tanpa pembedahan untuk masalah umum seperti slip disk dan bahu kaku.

Slip disk adalah keadaan di mana disk yang berfungsi sebagai bantalan di antara tulang belakang tergelincir atau pecah. Ini boleh menyebabkan tekanan pada saraf, mencetuskan rasa sakit dan kelemahan. Di pihak lain, bahu kaku atau frozen shoulder adalah keadaan di mana pergerakan bahu menjadi terhad akibat keradangan pada kapsul sendi bahu.

Kiropraktor, yang mendapat latihan khusus dalam merawat gangguan muskuloskeletal, menawarkan pendekatan yang terintegrasi untuk mengatasi masalah ini. Dalam rawatan slip disk, kiropraktor menggunakan teknik penyesuaian tulang belakang untuk mengembalikan disk ke kedudukan semula dan mengurangkan tekanan pada saraf. Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit, meningkatkan mobiliti, dan memudahkan proses penyembuhan semula jadi tubuh.

Sementara itu, untuk bahu kaku, kiropraktor memberi tumpuan kepada meningkatkan mobiliti dan kebolehtelapan bahu. Dengan rangkaian senaman dan penyesuaian sendi yang lembut, kiropraktor membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan pergerakan sendi. Selain itu, pendekatan kiropraktik memperhatikan keseimbangan keseluruhan tubuh, bukan hanya mengatasi gejala secara tempatan.

Salah satu kelebihan kiropraktik adalah pendekatannya yang semulajadi dan tidak invasif. Tanpa menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan, kiropraktik memberikan alternatif yang selamat dan berkesan untuk mengatasi masalah muskuloskeletal. Pendekatan ini juga memberi tumpuan kepada pencegahan, dengan kiropraktor memberikan nasihat mengenai perubahan gaya hidup, postur, dan senaman untuk mencegah kekambuhan masalah ini.

Selain itu, banyak pesakit melaporkan pemulihan tidak hanya dalam gejala fizikal, tetapi juga dalam kesejahteraan umum mereka selepas menerima rawatan kiropraktik. Rawatan kiropraktik memahami bahawa tubuh kita adalah sistem yang bersambungan, dan keseimbangan antara tulang belakang, sistem saraf, dan otot sangat penting untuk kesihatan secara menyeluruh.

Namun, adalah penting untuk diingat bahawa sebelum memulakan rawatan kiropraktik, perundingan dengan profesional kesihatan perlu dilakukan untuk memastikan bahawa kaedah ini sesuai dan selamat untuk keadaan pesakit. Kiropraktik boleh menyediakan penyelesaian yang berkesan untuk slip disk dan bahu kaku, membuka peluang bagi banyak individu untuk mencapai kesihatan tulang belakang dan muskuloskeletal yang optimum.

Kiropraktik di Tanjung Malim Perak

Wednesday, August 24, 2016

Cara dapatkan Full Channel Astro HD Tanpa Piring Serendah RM30

Tips Jimat Bagi Pengguna Streamyxx Dan Astro. Cara dapatkan Full Channel Astro Tanpa Piring Serendah RM30

Kat sini saya nak kongsikan bagaimana ingin menjimatkan duit anda khususnya pengguna streamyxx 1mbps serta juga menggunakan astro pakej bulanan berharga RM80 ke atas. Jika anda membelanjakan RM190 ke atas untuk bil astro dan streamyxx/unifi maka perkongsian ini sangat bermakna buat anda.

Ok, pertama anda boleh naikkan streamyxx anda 1mbps ke 4 atau 8mbps. Sebabnya apabila anda melanggan pakej 4 atau 8mbps anda akan diberi dekoder hyptv Box secara percuma. 


Hyptv Box nie, anda akan memperolehi  Channel TV asas sebanyak 18 channel seperti TV1, TV2 TV3 dan banyak lagi. So pada peringkat ini anda hanya membayar kos internet sebanyak RM140-RM150 streamyxx 4mbps/8mbps. Tapi Channel Astro bagaimana pulak. 

Pakej Bulananan Astro Full Channel termasuk channel HD, Astro First AOD, VOD . dan banyak lagi anda boleh perolehi pada harga RM30 sahaja. 

Caranya adalah dengan mendownload, Apps MYIPTV dan install di Hyptv Box ini. Setelah install, anda run. Akan keluar seperti gambar dibawah.


Anda tidak akan dapat melihat channel selagi tidak melanggan MYIPTV ini. setelah melanggan, anda perlu beri MAC address kepada penjual MYIPTV untuk didaftarkan ke sistem mereka. Selepas itu anda bolehla melihat semua channel astro.

So total bulanan anda adalah RM180+/- . So jimat x. Kalau jimat sangat apa tunggu lagi langganla segera. So lepas nie, piring Astro dah boleh cabut sebab dah xperlu pakai piring dah. Sebab Channel Astro semua melalui internet. Jadi Kalau hujan, siaran anda tidak akan terganggu melainkan kalau ada masalah internet.

Kebaikan.

1. Astro Full Channel HD dan SD
2. Ada Astro First dan VOD siap record dan disimpan dalam server. Bila2 masa boleh tengok
3. Ada Movie English Terkini.
4. Siaran tidak terganggu kerana hujan. Yang penting Internet perlu stabil.

Kelemahan

1. Subtitle dan Languange tidak boleh tukar. Tetapi default subtitle (Malay atau English) manakala Language Malay atau English. 
2. Tiada Guide dan Info terkini channel.


Jika nak langgan MYIPTV boleh cari saya. call 014-5629456

Monday, August 22, 2016

VPN 1Bestarinet Untuk Dota 2 Game Online

Alhamdulillah dah jumpa vpn yang support game online seperti Dota 2. Siapa yang berminat boleh contact saya k.

Serendah RM10 sebulan.


Wednesday, June 3, 2015

VPN Premium Percuma

Disini saya ingin berkongsikan vpn premium percuma untuk pelawat yang dihormati. Anda boleh download software berikut:-

Thursday, February 26, 2015

Download Link Yes4G/1bestarinet Modem Go

Connect for Windows XP SP3, Vista, 7, 8 and 8.1 
Download Version 1.9.21.0 Now 

Connect for Mac OS X 10.7, 10.8, 10.9 and 10.10 
Download Version 1.9.21.0 Now 

Connect for Mac OS X 10.6 
Download Version 1.8.1.3 Now 

Connect for Mac OS X 10.5.8 
Download Version 1.5.1.1 Now 

Connect for Linux (Centos 6.5 & Red Hat 6.5) 32 bit 
Download version 1.0.0.7 Now 

Thursday, January 22, 2015

Tidak Guna Website Cantik Tetapi Jarang DIlawati

Kalau dahulu saya jenis mementingkan kecantikan ketika membina blog mahupun website. Namun apabila tiada pelawat yang melawati website saya, saya mula rasa bosan dan jarang update artikel baru. So bila difikirkan semula, betapa pentingnya pengunjung blog didalam membina semangat untuk berblogging la kan.

Macam kedai jugala, tidak guna kalau kita hias cantik-cantik tetapi tiada pelanggan yang datang. Lama kelamaan, kedai kita itu pun bungkus jela. Haa nampak kan. Tue ceritanya.

Bilamana pentingnya pelawat , maka terbitlah makna SEO untuk meningkatkan traffic ke blog kita. Erti kata mudah faham, kita perlu memikirkan kata carian yang paling orang suka dan orang cari. Maka berbondonglah orang datang ke blog kita.

Bagi marketing pula, kedatangan pelawat melayari web kedai kita meningkatkan peratusan orang untuk membeli. Bila ada orang membeli, kita kayooo.. Haha.. Eh xla, bukan maksud begitu, maknanya produk yang kita jual mula dibeli oleh orang lain. Dari satu ke satu..

Biasanya saya kerap kali menggunakan google ads, ataupun menggunakan fb ads untuk meningkatkan visitor datang. Kalau netul iklan kita, yang datang pasti akan membeli produk kita.

Haa nak belajar google ads dan fb ads ini pun makan masa. Ada kawan saya, dari sales 1K sebulan, bila saya bantu mereka untuk buat marketing, Alhamdulillah sekarang keuntungan bersih tiap2 bulan adalah RM6,000 sahaja. Ok x, xdela banyak sangat. Tetapi sekurang-kurangnya ada peningkatan. Alhamdulillah. 

Kalau ada yang berminat nak belajar, boleh bgth saya. Saya tulis nie pun just nak servey ker, laku ke orang nak belajar ngan aku. Hehe. ok bubye.

Antara yang saya fikirkan nak ajar.

1. Google ads
2. FB Ads
3. SEO
4. Video Ads Youtube

Wednesday, January 21, 2015

Wireless VS Cable

Biasanya sekarang ini ramai sukakan wireless berbanding cable. Sebab apa wireless ini lebih mudah dipasang. Namun kalau diteliti lebih lagi, wireless ini tidak berapa stabil. Sebagai contoh untuk wireless AP, signalnya akan berkurang 1 bar sekiranya melalui 1 dinding. Dan kadangkala, signal boleh jadi lose atau hilang secara tiba-tiba. 

Mudah dilihat jika anda pernah bermain game online, Pemain game online lebih menggemari sambungan internet secara cable berbanding wireless, sebab apa, permainan akan terdapat lagging yang agak kerap berbanding jika menggunakan sambungan secara cable. Just sharing.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me