Thursday, January 19, 2012

Arena Kereta Saman Majalah Shift

Mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi sebuah Laman Blog Kereta Tempatan yang cukup dikenali Ramai iaitu arenakereta.com yang sentiasa membawakan pelbagai isu dan berita terkini berkenaan permotoran dalam dan luar negara.

2 Bulan lepas arenakereta ada memaklumkan melalui blog mereka terdapat sebuah majalah permotoran telah plagiat artikel yang terdapat dalam blog arenakereta, namun namanya masih lagi dirahsiakan. Namun kini, pentadbir arenakereta mungkin tidak tahan lagi dengan sikap berdiam diri yang dimainkan oleh pihak majalah tersebut.

Malangnya, setelah beberapa kali saling berbalas email dan telefon serta berjanji untuk mempertimbangkan tawaran saya, pihak majalah SHIFT kemudiannya hanya mendiamkan diri. Biasalah, apa yang seorang blogger boleh lakukan, mungkin itu pendapat mereka

Yup, Majalah yang dimaksudkan adalah Majalah Shift. Artikel dari Arenakereta telah diplagiat bagi Majalah Shift edisi yang ke 60.

Saya dapati terdapat empat buah artikel yang saya tulis telah disalin bulat-bulat (copy and paste) ke dalam majalah SHIFT edisi ke 60 (Disember 2011
Dan menurut laman blog itu lagi, tindakan undang-undang akan diambil. Dan Pihak Arenakereta akan menyaman Majalah Shift diatas plagiat yang telah dilakukan. Dan Mari kita ikuti lagi perkembangan seterusnya, adakah pihak arenakereta akan memenangi kes saman nie ke atas Majalah Shift.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me