Berita akan hukuman yang diterima oleh Adam Adli Mahasiswa UPSI telah menjadi bualan banyak pihak. Baik yang menyokong beliau mahupun yang membangkang sikap yang ditonjolkan oleh Adam Adli antaranya menurunkan Bendera Najib di satu demonstrasi untuk membubarkan Auku yang lepas. Hukuman pergantungan 3 Semester telah dijatuhkan oleh pihak pentadbiran UPSI bagi memberi kesedaran agar tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan oleh seorang Pelajar UPSI. Mari kita Imbas kembali Respon yang diberikan oleh Pendekar-pendekar Pemuda Umno menerusi Klip Video Mereka di Youtube yang mana menyelar tindakan Adam Adli suatu tindakan yang kurang Ajar. Namun yang menariknya, Video itu telah dijadikan sebagai bahan jenaka sehinggakan ada pelajar yang meniru aksi pemuda Umno tersebut namun menggunakan subjek yang berlainan.Sehingga mendapat rating yang agak tinggi di Youtube
Namun disini saya ingin bertanya, adakah memang wajar Adam Adli bertindak sedemikian. Saya ada berbual dengan rakan-rakan saya mengenai perkara ini. Ada yang setuju, dan ada yang sebaliknya.
Yang Menyokong:-
1. Auku secara dasarnya telah menyekat Mahasiswa untuk berparti di Kampus Universiti. Mungkin ilmu yang telah mereka perolehi memberi kesedaran realiti sebenar yang berlaku di dalam Malaysia khususnya yang berkisarkan Politik , Rasuah dan kezaliman.
2. Tindakan Adam Adli itu adalah satu cara untuk menunjukkan ketidakpuas hatian mahasiswa diatas sekatan yang telah digariskan dalam Auku. Mungkin Ruang-ruang lain untuk bersuara telah disekat, dan yang tinggal adalah berdemostrasi sahaja.
3. Namun Impak yang diberikan mungkin sedikit, namun mungkin cukup untuk memulakan revolusi mahasiswa seperti negara lain. Kalau Lebih ramai lagi mahasiswa yang turut serta berkemungkinan kerajaan akan memberi perhatian yang lebih banyak.
Yang Tidak Menyokong
1. Sebagai Mahasiswa, fokus sahaja kepada pelajaran. Jikalau Mencampur Adukkan dengan perkara seperti urusan politik, berkemungkinan akan menjejaskan Pelajaran Mereka.
2. Pinjaman yang mereka perolehi adalah daripada kerajaan so, ikut jela peraturan yang telah ditetapkan.
3. Mungkin Mahasiswa masih belum matang didalam menilai yang mana baik dan buruk dan mungkin mudah terpengaruh kepada Anasir-anasir yang mempergunakan mereka demi kepentingan politik masing-masing.
So, inilah beberapa perkara yang dapat saya kongsikan hasil daripada perbualan saya dengan rakan-rakan saya. Saya lebih bersikap natural. Mana-mana parti politik bukannya sempurna, masing-masing ada pro dan kontra. So peace
0 comments:
Post a Comment