Pernah x korang dengar BigTV. Secara amnya bigtv ini adalah satelit tv macam Astro tapi beroperasi di Indonesia. Erti Kata lain, kebanyakan channel indonesia la. Langsung xde channel Malaysia macam TV3, TV1, Astro Ria dan sebagainya. Namun yang menariknya ianya boleh di akses dan ditembak di Malaysia. Cumanya kena adjustla piring Astro ke Satelit BigTV nie.
Paling murah pakej langganannya adalah sebanyak RM 30 +/- , disebabkan pertukaran wang asing, so lebih kurang itu perlu diambil kira. Rasanya pada jam artikel ini ditulis lebih kurang RM26 jer, tapi akan datang xtahula. Sebab sekarang ini ekonomi Malaysia kan makin menjunam, nilai matawang kita semakin teruk menjunan.
Untuk pakej serendah itu, dah boleh tengok AXN, FOX , FOX CRIME dan banyak lagi dan akan dapat beberapa Channel HD, xmacam Astro hanya bagi 1 sahaja channel HD, Iaitu Maya HD dengan bayaran sebulan RM50. Mahal kan.
So sesape yang berminat bolehlah mencuba bigtv, tetapi saya bukan penjual bigtv ek.. just berkongsi sahaja..
0 comments:
Post a Comment