Baru tadi ada orang cakap pada saya, nak berniaga tapi kena kerja dulu, baru ada modal. Dah ada modal nanti barulah boleh memulakan perniagaan. Betul ke kena ada modal untuk berniaga. Pada saya tanggapan ini adalah tanggapan yang jelas terpesong. Modal yang diistilahkan adalah modal kewangan. Jadi persoalan sekarang, bolehkah berniaga tanpa memiliki sebarang modal.
Pada saya, misi berniaga permulaan tidak perlu modal yang besar, kadangkala duit topup yang dibelanjakan setiap minggu ataupun bulan dah mencukup untuk memulakan perniagaa. Namun janganlah menjadi seperti angan-angan mat jenin yang nak untung ribu-ribu dalam sekelip mata. Apa kata hasil keuntungan yang pertama yang kita perlu capai adalah RM1 sahaja.
RM1
Ya, nilai inilah menentukan titik awal untuk mendapatkan keuntungan yang lebih besar lagi. Kalau RM1 ini pun susah hendak diperolehi, jangan mimpilah hendak dapatkan keuntungan lebih dari itu. Target ini mudah sahaja kalau tahu cara nak dapatkan duit. Bila dah dapat RM1 barulah boleh berangan dapatkan lebih dari itu. Cubalah dulu, bia dah dapat nanti, mesti seronok nak dapat lebih dan lebih lagi.
Sasaran didalam perniagaan perlu ada. Kerana itulah bench mark kita untuk terus kehadapan. Kalau tiada sasaran, mesti kita malas nak berusaha dengan lebih gigih lagi.
Ok, saya suka melihat orang yang berniaga. So apa perniagaan yang tidak perlukan modal tetapi keuntungan 100% kita dapat. Secara amnya, perniagaan yang berpaksikan kepada perkhidmatan. Contohnya tukang mesin rumput, tukang gunting rambut dan sebagainya.
Percaya atau tidak, bangla yang kini begitu kerap kita lihata menjadikan kerjayay memotong rumput kerjaya full time. Mereka ini akan membawa mesin rumput dengan menaiki basikal , mengelilingi taman-taman perumahan, dan kos upah minima yang mereka tetapkan adalah RM 30 sahaja. Ok, itu kalau sebuah rumah, jika sehari dapat dalam 10 buah rumah , pendapatan sehari adalah RM 300 . Jika dibuat sabtu dan ahad, dia akan dapat RM 600. Satu bulan ada 4 minggu, so pendapatan sebulan adalah RM 2400. Wow banyak kan. Lebih banyak pendapatannya berbanding dengan kerani SPM yang pendapatan kerja harihari RM 1000 gaji basic.
Pernah satu hari saya menemani isteri saya ke sebuah pusat membeli belah, Isteri saya bertemu dengan kawannya, dan saya pun melayan perasaan pusing-pusing di kawasan membeli belah, lalu saya singgah di pusat refleksologi AKA Urut kaki untuk mereleaskan tension sikit. Seorang tukang urut kaki keturunan bangla melayani saya. Sudah tentulah lelaki kan. So dia pun urut, sedap juga lah urutan yang dilakukan. Nak dijadikan cerita saya pun bertanya keapdanya berapa sebulan yang dia perolehi dengan kerja urut kaki ini. Dia pun menjawab, dia dapat RM 2000++ dalam sebulan. Terbeliak mata saya mendengarnya. Saya tanya dah berapa tahun dia buat kerja ini. 5 tahun katanya.
Lihat pekerja asing yang menumpang di negara kita mampu mendapatkan RM 2000++ hanya dengan mengurut kaki sahaja. Tapi kita sebagai warga Malaysia, hanya hanya mendapat RM1000 sahaja sedangkan kerja yang kita lakukan hampir sama. Dan menyedihkan sekarang, dengan limpahan pelajar lepasan ijazah yang bekerja hanya menggunakan SPM. So ayuh, mulakanlah berniaga kecil-kecilan, Kaji potensi diri. dan lihat mana yang terbaik untuk hidup anda. Kita yang boleh bantu diri kita. bukan orang lain.
0 comments:
Post a Comment