Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.

Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.

Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
Source : Malaysiakini.com
P/s : Harap lepas nie, dah xde dah citer pasal Liwat-liwat nie, naik bosan tengok media massa cerita pasal liwat, xabis-abis.... Biala lepas nie, cerita lebih kepada rakyat sahaja... Natural, xkirala media kerajaan ataupun media pembangkang... Be Natural, saling tegur menegur...
0 comments:
Post a Comment