Thursday, September 6, 2012

Peranan Server di Sekolah

setelah 4 tahun saya berkhidmat di sekolah, sebagai JTK , banyak perkara yang baharu bagi saya yang perlu saya terokai. Saya bukanlah ahli bidang ICT, namun survival saya untuk belajar perkara baru memudahkan tugas saya sebagai JTK di sekolah. Mungkin ada yang xtahu ape itu JTK, JTK nie perkataan ringkas kepada Juruteknik Komputer Sekolah FT 17. Jawatan ini hanya baru wujud sekitar 5 - 6 tahun yang lepas di sekolah. sebelum itu xde lagi JTK di sekolah, walaupun telah ada peralatan ICT seperti Komputer dan sebagainya dibekalkan oleh pihak KPM.

Antara peralatan yang dibekalkan oleh pihak KPM adalah Server . Mula-mula saya berkhidmat di sekolah ini, tertanya-tanya apakah peranan sebenar Server nie disekolah. Kebetulan masa saya datang, sever nie pun dah lama rosak. kata cikgu penyelaras ICT, server nie dah di check oleh vendor dan even vendor pun xboleh nak buat. so tersadai sahaja la harta kerajaan nie. So server ketika tue mgkn harganya RM 10k ke RM 15 k.. so masa tue xboleh nak guna dah.. X ke sia-sia jer... Pelaboran yang sia-sia.

So, pada ketika itu saya pun xtahu nak wat ape ngan server tue. Xreti sangat nak godek. Pengetahuan berkenaan komputer pun sedikit sangat. Setakat nak install Windows XP bolehla. Server nie selalunya menggunakan Linux Os seperti Redhat, Ubuntu, dan Centos OS. so biakan jela server tue kat situ.. Sebab banyak lagi masalah pc lain yang saya perlu tgk dan repair( walaupun xreti repair) ...

Itula cerita lama. 5 tahun lepas punya cerita. Tapi kini dah xmacam dulu la. 5 tahun jadi JTK, pengalaman pun sedikit sebanyak pun makin bertambah. Bermulalah nak godek semula server tue. Sebelum nie. dalam 5-6 bulan yang lepas memang dah install dah Windows server 2003, itupun guna HDD IDE, sebab nak guna SCSI HDD yang sedia ada kat dalam server KOMNAS 2020 tue xreti. So tanggalkan jela HDD tue, ganti dengan HDD IDE 30G. So selapas dah lama jugak bermain dengan windows 2003 nie, nak tryla guna linux OS kan.

so, guru yang diperlukan adalah google. so menggoogle jela.. Hasil dari carian di google adalah maklumat yang saya dapat.

1. Cara nak format SCSI HDD 
2. Cara nak install Centos 6.3 menggunakan CD (sebab ape, Komnas 2020 yang dibekalkan xde dvd pun ) so kena install centos 6.3 secara minimal jela.
3. Cara nak install XAMP di Centos nie
4. Buat DHCP server bagi menjadi agent pemberi IP DHCP kepada client dalam LAN.

So, berbalik kepada peranan Server di Sekolah. Setakat ini yang saya buat adalah, sebagai tapak hosting Sistem  Perpustakaan Sekolah dengan menggunakan XAMP (PHP, MYSQL, APACHE ), sistem ini boleh diakses secara LAN, bagi akses secara WAN, public IP diperlukan. Dan public IP nie saya mohon dari pihak YES 4G yang menyediakan talian internet untuk sekolah, namun IP yang diterima adalah IP DHCP, so saya menggunakan NO-IP . so kedua menjadikan server nie DHCP Server la, nak beri IP DHCP kepada CLient (PC) sekolah. seterusnya boleh jadikan server nie tempat penyimpanan maklumat atapun file-file sekolah.

Server disekolah nie sebenarnya boleh dimanfaatkan lagi untuk dijadikan hosting , tapak sekolah .. Dan portal sekolah boleh diletakkan di hosting ini. atau server ini memiliki static IP... 

Server juga boleh digunakan untuk menyimpan dan menyiarkan Camera litar tertutup CCTV yang terdapat disekolah. Dan boleh terus diakses dari luar(rumah) bagi proses pemantauan di sekolah. Khususnya pada hari cuti.

Saya ada dengar dari rakan JTK saya, ada server tapi tidak digunakan langsung. Kami gelarkan istilah bypass jer internet langsung tidak melalui server.

Selapas kajian saya berkenaan dengan server ini, ianya tidak lah susah mane yang disangkakan. mungkin kali ini hanya perkongsian secara umum. mungkin akan datang saya akan lebih khusus lagi macam mane nak setup server.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me