Thursday, February 27, 2014

Cara Flash Firmware MR3420 3G Router Versi 1.3

Saya sebelum ini mengalami masalah sering terputus talian internet 3G di kawasan saya dan adakala router 3G langsung tidak boleh dimasuki Control Panelnya. Sehingga terpaksa reboot baru boleh masuk. Penat jugak kalau macam tue kan. Lalu saya menemui cara yang mana mudah untuk diaplikasikan. Iaitu dengan FLASH firmware DDWRT untuk Router 3G saya. iaitu TPLINK MR3420 V1.3 . Ada kawan saya mengesyorkan untuk mencuba OpenWRT yang katanya lebih advance lagi. Namun OpenWRT tidak menyokong Versi 1.3 ini. Apa lagi jom trial la .



Caranya mudah.

1. Saya pergi ke http://www.dd-wrt.com/site/support/router-database
2. Kemudian search router yang kita gunakan iaitu MR3420 v1

3. Download File "MR3420 v1.x Firmware - Webflash image for first installation" ini
4. Kemudian buka MR3420 Control Panel dan masuk ke Option Firmware Upgrade. Upgrade menggunakan File yang telah didownload tadi.Tunggu sehingga selesai.
5. Paparan dibawah akan kelihatan menandakan anda telah berjaya flash Firmware DDWRT ke router 3G anda. Tahniah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me