Inilah slogan yang sering kita gunakan untuk memotivasikan diri. Percaya pada diri sendiri yang kita boleh melakukan apa sahaja. Tiada apa yang mampu menghalang kita untuk berjaya. Tiada apa yang mampu menghalang kita untuk terus ke hadapan. Tetapi mungkin saya nak kita pandang pada sudut yang berbeza pula.
Saya lebih cenderung dalam menggunapakai agama dalam perkara ini. Kerana Agama adalah cara hidup yang paling sempurna dan hanya Sa nya di redhai oleh Allah swt. jikalau lah tiada agama islam, nescaya kehidupan kita di dunia ini pasti kacau bilau dek kerana Agama Samawi yang lain telah di asimilasi dan dibudayakan oleh masyarakat tempatan dahulu kala. Dan ianya kini tidak lagi asli sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.
Di dalam Agama Islam terkandung 3 Asas yang paling penting dan menjadi rukun / dasar Agama kita iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Ianya bersumberkan dari Hadith yang kedua didalam hadith 40 yang telah dikumpulkan oleh Imam Nawawi dan sudah tentunya memiliki matan yang sahih dan tidak perlu diragukan lagi.
Didalam hadith tersebut ada menyatakan :
Islam itu adalah
"Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat – bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta’ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. "
Iman itu adalah
"Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baik-Nya atau yang buruk-Nya "
dan Ihsan Itu adalah
"Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau "
Didalam Agama Islam, Kepercayaan kita hanyalah kepada Allah, Rasul, Kitab, Malaikat dan Hari Pembalasan. Dan apa pula kaitan Kepercayaan ini dengan " Percaya pada diri " pula.
Apabila kita percaya pada Allah dan Allah itu memiliki sifat-sifat yang tidak terbatas. Allah memiliki 99 asma ul sifat yang infiniti kemampuannya. Maka sudah pasti diri kita ini telah direka dan dijadikan oleh Allah dengan maha sempurna sekali. Dan segala yang akan ditetapkan pada kita telah direncana dengan maha bijaksana dan adil sekali.
Dengan ini, secara semulajadi kita akan dilatih untuk mudah menerima ketentuan Allah dan menjadikan kita seorang yang tidak mudah untuk berputus asa.
Hasilnya kita akan menjadi seorang yang sabar, redha dan bertawakkal kepada Allah.
Inilah kesan keimanan terhadap Allah yang sebenar-benarnya lalu membuahkan mutiara-mutiara putih yang akan bersinar dalam diri kita.
Diharap artikel ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Penyebaran amat-amat di alu-alukan.
0 comments:
Post a Comment