Wednesday, May 25, 2011

Saga BLM 1.6L FL

hehe... Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk nie pilih. haa baru jer tadi aku ada buka laman web arena kereta berkenaan update proton Saga BLm akan keluar model berkapasiti 1.6L. Haa dan ape pula kena mengena ngan aku pulak, eh lupa plak, aku kalau dah berkeluarga nanti, sekurang-kurangnya aku nak beli kete Saga BLM niela. Eh kenapa plak aku pilih kete nie. Yela kalau ikutkan aku nie bukannya kaya sangat. dan harga dia pun berpatutan jugak la dari kete yang lain-lain tue. Ada gak kawan-kawan suggest kete perodua la kan. Banyak orang kata Perodua lagi best dari kete Proton. Tapi kan, pada aku keluasan kete tue lebih penting. Dan harga pun memainkan peranan. Kalau kereta Perodua, dah la kecik mahal pulak la tue.

Tapi apepun, ini semua rancangan kita. Xtahula pulak rancangan Allah pulak bagaimana. Apepun kalau akan datang aku beli kete lain, janganla pulak ada yang komplen ek. heheheh Mungkin masa tue ada rezeki lebih. Tapi Yang penting sekali bila dah berkeluarga, kena la ada kete, xnak la isteri kesayangan kita nanti naik motor buruk plak kan. hehehe... Dah Allah jodohkan kita dengan dia, So kenala jaga dirinya sebaik mungkin.

hehe bilala aku nak kahwin nie.....

eh lupa plak nak citer pasal kete blm 1.6 FL nie... menurut arena kereta kereta Blm nie murah sikit la dari Proton Pesona dan setakat nie hanya warna putih sahaja yang ditawarkan. Dan Kerete  BLM nie menggunakan enjin mereka sendiri iaitu Campro IAFM. Diharap enjin ini lebih baik dari kualiti yang sebelum sebelum nie ek. hehehe.. Dan paling penting janganla ada masalah power window lagi yang selalu menjadi kebiasaan masalah kereta proton.......

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me