Kini sudah banyak kelihatan perubahan yang berlaku di kalangan para artis di Malaysia. Mereka semakin menyedari kepentingan Agama dalam kehidupan sehari-hari. Dengan nama-nama yang tidak asing bagi penggemar seni hiburan tanah air memilih jalan yang begitu asing berbanding rakan-rakan seperjuangan mereka yang lain.
Nama-nama seperti Bob Lokman yang pada suatu ketika begitu berani mengumumkan persaraan dalam bidang seni di siaran langsung Raja Lawak yang lepas. Sedangkan beliau tahu selama ini dunia hiburanlah tempat dirinya mencari rezeki. Tidak takutkah beliau mungkin selepas ini dirinya akan di boikot oleh stesen-stesen telivisyen. Dan ramai juga artis seperjuangannya yang mempelak akan keberanian beliau melakukan pengumuman sedemikian.Dah la ketika pula siaran langsung raja lawak Astro.
Namun mungkin beliau begitu yakin akan ketentuan Allah. Dan rezeki manusia semuanya di tangan Allah. Sedangkan semut dalam batu pun boleh hidup inikan manusia yang dianugerahkan kudrat untuk berusaha dan terus berusaha. dan mungkin jugalah kita semakin sukar untuk melihat kemunculan Bob Lokman di kaca tv lagi selepas ini.
Selepas Bob Lokman pula, heboh pula akan hijrah yang dilakukan oleh Asraff Muslim pelakon drama Puaka Niyang Rapik. Ingat lagi sewaktu melihat drama tersebut ingatkan perlakuan yang di buat oleh Asraff Muslim ketika melawan sihir hanyalah lakonan semata-mata rupa-rupanya beliau sendiri telah berjinak-jinak dengan dunia perubatan Islam secara sampingan. Mungkin ketika itu jugalah beliau mula berdampingan dengan Tuan Haji Lokman pengasas dan perawat Darul Syifa Alhidayah atau sekarang lebih dikenali sebagai Hidayah Medic.
Keterlibatan Asraff dalam perubatan Islam seiring dengan penghijrahan yang telah beliau lakukan. Dan kini, beliau telah mengumumkan untuk berhenti seketika dalam bidang lakonan untuk memberi tumpuan sepenuhnya dalam bidang perubatan Islam. Dan ketika ini, walaupun tidak lagi berlakon, sumber ekonominya telah berkembang bukan sahaja pendapatan sebagai perawat Islam sepenuh masa pada masa yang sama juga beliau mengacarakan program Assyifa di TV 9 pula.
Dan yang paling terbaru adalah penghijrahan Sham Kamikaze yang tidak perlu di perkenalkan lagi kepada semua. Hijrahnya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar oleh bekas Mufti Perlis iaitu Dr. MAZA. Sham Kamikaze sentiasa mengikuti perkembangan website minda tajdid milik DR. MAZA. Pada mulanya hanyalah melihat dan membaca sahaja. Tetapi Naluri Fitrah hatinya mahu berjumpa dengan pemilik website itu bagi menerima bimbingan ke arah yang betul. Kebetulan pula apa yang dibincangkan oleh Dr. MAZA didalam blog itu seakan-akan sama dengan Buku-buku agama yang dibeli oleh beliau. Dan Islam Sham Kamikaze tidak lagi hanya menghiasi Kad pengenalan sahaja, namun sekarang ini menjadikan Islam itu sebagai satu cara hidup yang terbaik.
Diharap selepas ini ramai lagi Artis kita yang akan mengikut jejak langkah mereka ini. Moga mereka akan kekal dalam bimbingan Islam yang betul.
0 comments:
Post a Comment