Di Malaysia, pelajaran Ilmu tasawuff sudah tidak lagi dititik beratkan oleh masyarakat. Ianya seolah-olah satu ilmu yang cukup asing dan aneh sedangkan pada zaman dahulu ianya adalah satu ilmu yang cukup penting dipelajari oleh orang islam. Rata-rata orang awam, langsung tidak mengenali ape yang terkandung didalam tasawuff dan kalau tahupun mereka akan beranggapan yang ilmu ini cukup tinggi dan tidak layak di pelajari oleh orang awam.
Nyata tanggapan sebegini adalah salah. Secara ringkas, Tasawuff adalah sebuah ilmu yang membicarakan perihal Ihsan yang terkandung didalam hadith 40 no. 2 karangan Imam An Nawawi. Didalam hadith tersebut telah menjelaskan bahawasanya ihsan itu adalah salah satu cabang / rukun agama Islam. Jikalau Rukun Iman dan Islam itu wajib dipelajari dan diamalkan. Makanya Ihsan itu tidak terkecuali akan kewajiban kita memahami dan mengamalkannya.
Tidak Kurang juga jika di ajukan persoalan tentang kepentingan belajar tasawuff bagi golongan muda, ada yang beranggapan bahawa tasawuff ini sesuai dipelajari oleh orang-orang tua sahaja. Ada juga yang beranggapan Tasawuff ini akan menganggu pembelajaran mereka di pengajian tinggi. Ataupun persepsi mereka tasawuff ini menyuruh pengamalnya meniggalkan keduniaan dan hanya menjurus kearah akhirat semata-mata.
Ini adalah tanggapan yang salah. Dan mereka yang memiliki tanggapan yang sedemikian tidak langsung memahami apa yang diterapkan didalam pelajaran tasawuff. Dan kurangnya kajian dan bertemu dengan pengamal tasauwff yang betul.
Dan kebanyakan yang mengetahui tasawuff itupun terdiri dari golongan ahli agama seperti ustazah mahupun ustaz.
Ilmu tasawuff bukan hanya dihadkan oleh golongan agama semata-mata tetapi golongan profesional juga boleh mempelajarinya. Namun yang perlu dititik beratkan adalah pencarian seorang guru/ pembimbing yang benar-benar boleh membimbing muridnya memahami dan mengamalkan tasawuff. Aapabila guru yang di cari tidak betul, maka lahirlah anak murid yang berkali-kalinya tidak betul.
Apabila kita berguru. Perkara utama yang ditekankan adalah adab berguru. Adab berguru perlu sekali di ambil perhatian ketika mempelajari tasawuff. Penentu kejayaan seseorang murid itu adalah memelihara adab berguru ini dengan sebaiknya.
Berdasarkan pemerhatian secara rawak, kebanyakan yang gagal menjaga adab berguru ini dengan baik ini sukar untuk menguasai tasawuff dengan jazam. Tiada penambahan Ilmu. Dan Hidup mereka seringakali disibukkan dengan duniawi semata-mata. Sehinggakan tiada masa untuk agama.
Secara kesimpulannya Tasawuff bukanlah ilmu yang asing dari agama islam. Kerana Islam itu didirikan atas 3 perkara iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Dan Tasawuff itulah yang membicarakan perihal ihsan. Dan jikalau kita mempelajari tasawuff pula, baik-baiklah memelihara adab berguru. Kerana Guru itulah yang membimbing kita kepada Allah. Tetapi jikalau guru itu tidak mnyalahi al quran dan assunnah. Maka carilah guru lain yang dapat membimbing kita. wallahua'lam

0 comments:
Post a Comment