Baru sebentar tadi saya pergi menziarahi seorang rakan sekerja saya yang telah kehilangan Suaminya akibat dari jangkitan kuman di paru-paru. Beliau memiliki 4 orang anak dan yang paling kecil adalah berumur 5 tahun. Jenazah telah dikuburkan di perkuburan sg. choh pada waktu pagi.
Waktu saya melawat tadi, jenazah telahpun dikuburkan dengan selamat. Tetapi kesedihan jelas terpancar pada kawan saya tue. Sukar agaknya untuk menerima kenyataan ini. Mugnkin tempat beliau bergantung telah tiada. Selalu juga beliau bercakap dengan saya " Kalau abang ko , xde , xtahula macam mane akak nanti "
Dan kini kata-kata itu telah menjadi kenyataan. Suaminya benar-benar telah meninggalkan beliau buat selama-lamanya.
"Mahathir, abang akak dah xde ", sayu kedengaran suara akak tue di telinga saya. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan dan bantu. Melainkan dia sendiri yang berusaha untuk sabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Bersabarlah...
Apabila saya melihatnya, terkenang kembali saat-saat saya kehilangan ibu yang tercinta. Sejujurnya memang agak sukar untuk menenangkan fikiran. Seolah-olah dunia ini telah gelap. Dan Akal fikiran menjadi buntu dan sesak. Air mata mengalir tanpa sekatan. Ratapan demi ratapan saya luahkan. Tapi ianya tidak mengubah apa-apa. Ibu saya tetap akan pergi meniggalkan saya.
Jika dahulu saya pernah berkata pada allah , " Ya Allah, andai aku ini boleh menjadi galang gantinya, tukarkanlah nyawaku dengan nyawa ibuku supaya dia boleh terus hidup ". Tapi Allah maha mengetahui dan doaku tidak dimakbulkan. Takdir mendahului segala-galanya.Saya xtahu bagaimana agaknya kalau ibu saya masih hidup. Kini saya bersyukur diatas apa yang berlaku, nayata telah mematangkan saya. Menjadikan saya lebih berdikari.
Kalaulah saya diberikan peluang untuk berkongsikan pengalaman, teringat saya akan dalil Al-quran,
Surah Al-Insyirah " Disebalik kesusahan itu pasti ada kemudahan, dan disebalik kesusahan itu pasti ada kemudahan "
Makanya jikalau ditilik pada ayat ini, Kalau nak dapatkan kemudahan atau nak senang, maka kesusahan itu perlu ditempuhi. Kepayahan itu perlu dilalui. Barulah kemudahan itu akan muncul menerangi hidup kita. Ingat janji Allah itu pasti. Dan Allah tidak akan sesekali menzalimi diri kita.
Saya pernah baca samada hadis atau pun ayat Alquran yang bermaksud lebih kurang beginilah
" Allah tidak akan menimpakan sesuatu beban, melainkan kita mampu mananggungnya ".
Kerana Setiap takdir yang menimpa ke atas kita telah di rencanakan dengan kebijaksanaan dan keadilan Allah. Yakinlah pada Allah. Disinilah letaknya kekuatan dan keimanan kita kepada Nya. Ujian Allah itu tanda dia sayang kepada kita.
Tunggulah sinar pelangi setelah hujan, ribut dan kilat sambung menyambung. InsyaAllah, kebahagian sedang menanti bagi mereka yang benar-benar berserah diri kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment