Thursday, June 23, 2011

Silat Dan Melayu

Silat dan melayu memang tidak dapat dipisahkan. Kalaunya dahulu persilatan dikalangan orang melayu cukup penting. Adakalanya ianya merupakan riadah pada waktu malam dikala siang sudah bertungkus lumus membanting tulang untuk mendapatkan sesuap nasi. Ketika keadaan memerlukan ketika peperangan dan sebagainya , silat adalah eleman penting yang akan dimanfaatkan ketika itu. Jikalau ketua kampung mahupun pemerintah sesuatu kawasan akan mengadakan pertandingan silat bagi memilih bakal menantu yang akan dikahwinkan dengan anak-anak pemerintah ini.

Silat inilah tradisi melayu yang sukar untuk di tiru oleh orang asing. Lenggok tarinya, langkah serta kelembutan dilabuhkan menyembunyikan kengerian buah silat. Siap siaga yang bersahaja mengelirukan pihak musuh. Silap dan silau merupakan permainan penting dalam silat.

Namun kini silat bukan lagi ciri penting kemelayuan. ia semakin pudar dimamah masa dan teknologi yang semakin berkembang. Dan yang paling kerap tanggapan orang sekarang terhadap silat adalah silat memiliki budaya kurafat dan ilmu kebatinan yang terlarang. Sikap negetf ini semakin lama semakin membuatkan silat sepi di pandangan masyarakat. Sukar rasanya untuk melihat di sesuatu kawasan memiliki gelanggang silat. Perasaan khuatir dikalangan ibubapa melarang anak-anak mereka dari mempelajari silat juga menyebabkan silat makin pupus.

Lihatlah seperti karatedo sinonim dengan jepun. Dan silambam sinonim dengan india. Manakala wushu sinonim dengan seni mempertahankan diri negara china. Dan sepatutnya melayu juga perlu menjadikan silat sebagai satu tradisi wajib ditanam kepada budak-budak muda agar kemelayuan itu kukuh dengan seni beladiri yang tersendiri. Rasanya, pemeimpin-pemimpin negara sewajarnya mempelajari silat . InsyaAllah silat itu akan berkembang dengan sendiri apabila pemimpin memilikinya.

Silat telah diasimilasikan dengan Islam sejak dahulu lagi. Memang tidak dinafikan masih ada lagi yang mengamalkan kepercayaan karut dalam silat. Namun jikalau Islam benar-benar dipelajari silat itu akan menjadi murni. Silat kini benar memiliki kebatinan, namun kebatinan silat itu adalah islam sendiri.

Silat pada zaman sekarang boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Iaitu silat komersial dan silat tradisi. Silat komersial adalah silat yang sering diajarkan di bandar-bandar dan dikenakan bayaran, memiliki persatuan dan memiliki organisasi yang teratur. Namun bagi silat tradisi hanya terdapat dikampung-kampung. Kaedah dan cara penyampaian tiada perbezaan dengan cara yang asal. Dan guru silat tradisi ini memiliki anak murid yang sedikit, dan dipelajari secara suri. Dan pelajaran secara khusus kepada pesilat itu. Dan tiada bayaran dikenakan mahupun baju silat yang perlu dibeli. Terpulang kepada pesilat itu sendiri.

Pada saya kaedah pembelajaran silat secara tradisi inilah yang paling baik sekali. Kerana pengekalan si murid itu mempelajari silat bukan diatas duit yuran yang ditaburkan, mahupun persediaan bagi pertandingan yang ingin dimasuki, namun semata-mata ikhlas menuntut ilmu silat bagi mempertahankan diri, agama dan negara. Ikatan ikhlas inilah yang menjadikan murid itu terus mempelajari silat tanpa henti. Walaupun gurunya telah mati, silat akan tetap dipelajari.Pengertian ikhlas pula tidak dapatlah saya huraikan disini. Carilah guru untuk memahami pengertian ikhlas serta mengamalkannya. Kerana ikhlas itu sebahagian dari manfaat islam.

Tapi silat tradisi ini semakin hilang dan sepi. Mungkin disebabkan kampung-kampung semakin berkurangan telah bertukar pekan mahupun bandar. Ataupun sudah terikut-ikut dengan cara yang moden. entahlah, tiada jawapan bagi persoalan ini.

akhir kata, silat memang tidak boleh dipisahkan dengan melayu. Kerana jatidiri melayu itu akan kuat dengan keberadaan silat. Ayuh belajar silat, tidak kiralah silat apa pun.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me