Bak kata pepatah, Anak yang ramai ibubapa boleh jaga, xde masalah, namun anak yang ramai nak jaga dua orang ibubapa belum tentu boleh lagi. Rasanya kasih sayang ibubapa memang xde taranya. Waima anak mereka jahat sekali pun, mereka tetap sayang.
Saya suka melihat perumpamaan sebegini iaitu, kalau masa kita kecik-kecik ataupun, kita selalu tengok baby yang comel. Ramai akan kerumun nak cium, peluk, dukung dan sebagainya kat baby tue kan... sehinggakan ibubapa pun xdapat pegang dah baby tue... just tengok dari jauh jerr, gelagat orang yang teruja melihat kecomelan baby mereka, namun sampai satu saat dimana si baby itu berbau busuk, secara tepatnya buang air besar, pada ketika itulah, xde sape pun nak dekat.... Ada jugak yang jijik ... Alih-alih ibubapa inilah yang akan menguruskan baby tue, sehingga bersih.... Si Ibubapa iilah yang akan mencuci kotoran yang terdapat kat baby tue... Orang lain yang tadinya berkerumun, xkan menghiraukan pun...paling baik pun, dorang akan bagitahu pada ibubapa yang baby tue dah bau busuk....
Kronologi di atas, jelas menggambarkan situasi sebenar akan kasih sayang ibubapa terhadap anak2 mereka... Di kala anak mereka dikerumun, xde sekelumit pun rasa cemburu, malahan mereka bangga sebab ada anak seperti itu yang comel.... menjadi sebutan orang....
Dan bila baby itu sudah dewasa, janganlah mengenepikan ibubapa yang telah membesarkan mereka sehingga menjadi seorang yang berjaya... Kenangilah jasa ibupa mereka , jangan dinilai jasa mereka ketika sudah dewasa, namun cuba selami kepayahan ibubapa membesarkan dari kecik sampailah dewasa.... Xkan mampu kita sebagai seorang anak untuk membalas jasa ibubapa kita.. Tidak ternilai dengan wang ringgit dibandingkan kepayahan mereka.... Tidak ternilai masa yang mereka korbankan untuk membesarkan kita...
sama-sama kita renungkan...
0 comments:
Post a Comment