Wednesday, December 21, 2011

Kempen Rokok yang sia-sia

Hairan saya apabila melihat design background yang terdapat di kotak rokok. Begitu banyak variasi design yang dipaparkan. Ada gambar Kanser paru-paru, kanser hati dan banyak lagi lah. Xperlu nak diceritakan. Tapi yang hairannya, perokok yang membeli rokok seolah-olah tidak terkesan dengan paparan yang terdapat di kotak rokok tersebut. Pernah juga saya bertanya pada kawan-kawan saya yang menghisap rokok. Dorang xnampak ke apa yang terdapat kat kotak rokok tue. Tapi yang peliknya macam xde perasaan la pulak.

Terfikir juga la kan, adakah sia-sia jer gambar yang dibuat tue. Langsung xmemberi kesan pada perokok-perokok nie. Yela kan dah bertahun-tahun juga di perkenalkan tetapi makin ramai lagi perokok adala.

Mungkin pendekatan sebegini langsung tidak praktikal digunakan pada masa sekarang. Ataupun perokok-perokok nie memang xkisah pun kesan buruk akibat dari merokok. Dan yang paling berleluasa sekarang adalah semakin ramai perokok di kalangan perempuan. Yup, kalau kita pergi ke bandar-bandar, pusat-pusat hiburan. Waima pusat peranginan sekalipun, sudah tentu kita akan nampak ada sahaja perempuan yang menghisap rokok. Mungkin juga  inilah kesamarataan antara lelaki dan perempuan.

Ok, dari segi kesihatan semua sudah sedia maklum. Dan dari segi agama pun fatwa Malaysia pun telah mengharamkan rokok dihisap. Ok mungkin xramai tahu akan perkara yang saya ingin nyatakan dibawah ini.

Pada filter rokok terdapat hemoglobin babi yang dijadikan agen menapis bahan kimia berbahaya daripada masuk kedalam badan manusia. Maklumat ini diperolehi oleh saintis belanda yang telah membuat kajian terhadap 185 batang rokok dan hasilnya mereka menemui hemoglobin babi pada filter rokok terbabit.

Terkejut x apabila mengetahui perkara ini. diharap perokok-perokok tegar di luar sana mengambil perkara ini dengan serius, ianya bukan sahaja melibatkan kesihatan kita malahan ianya melibatkan agama kita. k

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Me