Berlalu minggu yang terlalu sibuk, dengan urusan kerja yang banyak serta asignment kuliah yang perlu disiapkan, dihantar dan dipresentkan. Penat, itu lah yang keluar dalam mulut saya. Memang memenatkan namun syukur segala perkara yang perlu dilaksanakan sudah pun selesai. Akan datang nie, tinggal Final Exam sahaja yang perlu saya lalui. Itu pun lama lagi. Dalam 20 hari lagi kot.
Dan yang best sekarang nie, musim buah buahan, ada buah rambutan, durian, manggis dan langsat. Naik juling tengok buah-buahan nie. Lalu saya pun sedekahkan kepada kawan-kawan untuk dimakan. Yela kalau nak makan sorang-sorang mane la larat. Tapi penat juga nak amik buah-buahan nie...
Selamat ada bantuan Ayah tercinta. Thanx ayah. hehehehehe
Terfikir juga, seperti buah rambutan, manis sangat-sangat, kenapa xde alternatif untuk menjadikan rambutan nie sumber kepada gula-gula yang biasanya kita ambil dari tebu. Mungkin susah kot nak dapatkan rambutan zaman sekarang nie. Kalau musim dia, memang banyak la, tapi kalau xde, alamat melambung tinggilah gula-gula di pasaran. hehehe.. Permintaan tinggi, pengeluaran kurang maka harga akan naik. Teringat lagi masa belajar subjek akaun masa sekolah menengah dulu-dulu. hehehehe
Emas sekarang nie, dengarnya makin murah harganya. Tapi xde la murah sangat. Dengar citer, sebab musim perayaan, ramai orang nak guna duit, dan emas telah banyak dijual, lalu berlambak di pasaran. Maka permintaan emas kurang, tapi stok emas banyak, maka harga emas jatuh la gamaknya. Betul kan. hehehe teori akaun la lagi.
Macam xmenarik jer kan blog nie sebab kurang gambar, bukan ape, nak masukkan gambar rasa malas la pulak. Nak upload lagi. Nak tulis lagi. Aduhaiii, malasnya... Xpela, nanti rajin saya akan tingkatkan lagi penulisan saya bagi bertambah menarik, so wat masa nie, nie jela yang dapat den bagi.
0 comments:
Post a Comment