Banyak perkara sebenarnya nak kongsikan, namun adakalanya ianya mungkin bersifat peribadi dan timbul juga persoalan, apa tujuan perkara itu dikongsikan. Adakah ingin orang melihat siapa kita sebenarnya, apa yang kita buat atau apa yang kita rasa. Dan akhirsekali membawa kepada sanjungan orang ataupun cacian orang pada diri kita sendiri. Sebenarnya itu yang selalu bermain dalam fikiran saya semasa menulis blog picisan ini. Kadang-kadang rasa sweet jer melihat pasangan couple meluahkan rasa cinta di blog-blog ataupun fb/ twitter masing-masing ( freinds saya kan ). Kadang kala juga meluat juga sehinggakan sampai satu saat, saya hide jer terus status dorang. Xdela menyemak mata kepala nie. Dan paling teruk saya reject jer orang tue dari menjadi kawan saya.
Memang kalau boleh semua perkara nak bgthu. Yang pastinya benda-benda yang baikla kan, bahagia, cinta , rindu pada seseorang, kejayaan sendiri. Tapi untuk ape orang lain tahu. dan kalau pergaduhan ker atau permusuhan pun, kita akan bercerita yang kita sahaja yang betul hanya bertujuan untuk meraih simpati orang yang membaca blog atau fb kita. Dan hadiah nya dapatlah kita " like banyak-banyak kan. Even saya pun kadang-kadang seronok kalau ada orang like banyak-banyak fb saya. Siapa yang xsuka dipuja dan digemari.
Kadang-kadang juga, blog atau fb nie, menyerlahkan diri kita sebenarnya. Apa yang kita suka, apa yang kita rasa, apa yang kita benci, dan macam-macam perkara. Walhal pada saya la, bukan semua perkara yang boleh dikongsikan dengan orang ramai. Even nak berdoa pun, nak tulis kat fb ( kadang-kadang saya buat jugak ) , walaupun kita tahu yang doa itu antara kita dengan Allah sahaja. Buat ape nak bgthu pada orang lain. Memang itu hak peribadi kita even ada jugak orang cakap " kalau xsuka, jangan add aku , buang aku dari list kawan-kawan korang k " namun, fb itu juga perlu kita tahu bersifat publik. Semua orang boleh baca, even pencuri aka perompak pun boleh tahu keberadaan kita sekarang dimana. So senanglah mereka nak merompak rumah kita kan.
Lagila kalau bab-bab bergaduh di fb/blog nie. Ingat lagi kalau dulu, mane mudah nak gaduh-gaduh nie. yela, dalam hati sape yang tahu. melainkan kalau ada batu api, ha confirm meletop punyer kan. Tapi sekarang, senang sangat nak berperang-perang mulut di fb. Mula xpuas sikit jer tulis pasal xpuas hati pada si polan si polan tue. Dan si polan tue plak ada dalam list kawan kita. Dan dia pun aktif blog, status yang kita update dia pun baca. Apa lagi dia pun balas jugak. Dan akhirnya pergaduhan yang bermula di fb, dibawa ke keluar, dan kebetulan satu tempat kerja pulak. Langsung bermasam muka, tidak bertegur sape. Kan dah teruk jadinya. Dan kalau adik beradik, dah xmengaku sedara.
So kesan yang xelok ini haruslah dibendung awal-awal lagi. Jangan sewenang-wenangnya bercerita apa yang kita rasa di khalayak ramai. Cukup lah Allah sahaja yang tahu. Ataupun kalau ada maklumat nak bgthu boleh lah gunakan medium nie. benda yang baik, kita xsalah gunakan fb/blog nie sebagai perantara. Sebagai seorang yang ada fikiran waras, kita mampu berfikir, yang mana baik yang mana buruk. Berhati-hati semasa menulis. Moga xde terkesan yang buruk pada masa hadapan kelak. k
0 comments:
Post a Comment